Orang suka merokok,
Berhentilah sebelum bongkok,
Buatlah perkara yang lebih elok,
Macam buka kedai songkok.
Orang yang suka menghisap dadah,
Berhentilah sebelum lemah,
Tubuh yang sihat jangan dipunah,
Teruskan berjuang jangan mengalah.
Orang yang suka melepak,
Berhentilah sebelum kena sepak,
Buatlah aktiviti yang gempak,
Jadilah generasi yang membanggakan mak bapak,
Orang yang suka berlumba haram,
Berhentilah sebelum padam,
Cuba renungkan betapa indahnya alam,
Rahmat dan kasih sayang siang dan malam.
Orang yang suka menipu,
Berhentilah sebelum kaku,
Jangan diwariskan sampai anak cucu,
Kalau macam ni macam mana bangsa kita nak maju.
Orang yang suka mencuri,
Berhentilah sebelum kena gari,
Hendakkan sesuatu usaha sendiri,
Kelak dirimu dikasihi Ilahi...
No comments:
Post a Comment